Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Memang ada peningkatan kemasukan ahli parti Amanah tapi tak perlu berbohong pasal angka


Presiden AMANAH Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hari ini berkata keanggotaan parti itu kini sudah mencecah angka 100,000 ahli dan terus meningkat.

Katanya lagi "Ramai mahu menyertai AMANAH termasuk ahli parti politik lain… kalau ahli biasa kami akan terus terima tetapi kalau pemimpin parti, kita perlu berbincang dahulu sebelum menerima keanggotaan."

Ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Guar Petai di Tasek Gelugor hari ini Mat Sabu membuat kenyataan berkenaan.

Keanggotaan parti AMANAH sebelum PRU-14 adalah 29,000 orang. Tiba-tiba Mat sabu kata sudah mencecah 100,000. Kalau nak berbohong tu berpada-padalah, Takkan meningkat hampir 400%.

Kalau PAS boleh memberikan angka ahli setiap negeri, takkan parti AMANAH yang sekarang dah ada 3 kementerian masih takut nak nyatakan keahliaannya? Nanti dapat lagi kementerian lain. Malulah masih takut nak dedah bilangan ahli macam pertubuhan komunis aje yang menyembunyikan keahlian.

Saya percaya parti AMANAH akan menerima ramai ahli terutama daripada ahli UMNO yang tak boleh bersama PAS. Saya juga percaya parti AMANAH akan menjadi parti yang makin liberal dan menjauhi Islam dalam penghayatan parti mereka. Parti AMANAH tak akan beza dengan parti PKR dan DAP masing-masing memperjuangan Sosialis "bercelup Islam".

ABBAS MOHD NOOR



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Post a Comment

0 Comments