Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mahathir pengkhianat terima bekas pemimpin Umno masuk Bersatu – Nurul Izzah


KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terus tampil mengkritik serta melahirkan rasa tidak senang berhubung penerimaan pemimpin bekas UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).

Terbaharu dalam satu hantaran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada 9 Mei lepas seolah-olah telah dikhianati kepercayaannya

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, tindakan menerima wakil rakyat ‘lompat’ dari parti lawan umpama menghina ahli-ahli serta penyokong yang selama ini begitu setia dengan perjuangan mereka sehingga mencapai kejayaan besar kali ini setelah sekian lama berjuang.

“Parti kami juga pernah berdepan situasi tidak menentu sebelum ini dengan unsur pembelotan.

“Sudah tentu tidak sesekali mahu kesakitan itu sekali berulang sekali untuk pihak lain.

  “Tidak ada makna demokrasi seandaiya negara ini terus dikuasai oleh golongan ‘elit’ yang berterusan berpolitiking seperti ini,” katanya semalam.

Komen itu menyusul sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin yang membidas tindakan kerajaan sekadar membiarkan pemimpin UMNO melompat parti memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan begitu senang lenang.

Dalam ruang Twitter peribadinya bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu mendesak para pemimpin menghentikan memberi laluan kepada wakil rakyat lawan untuk melompat parti kerana ini bukan perjuangan Malaysia Baharu.

Kata Maria Chin: “Hentikan amalan lompat ‘hopping’. 9 Mei lepas bertukar kerajaan kerana mahu menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa.

“Tidak boleh menerima ahli-ahli UMNO yang telah 61 tahun menyokong, membantu & menjadi sebahagian dalam rasuah selama ini. #BukanMalaysiaBaru”. – MalaysiaGazette


MR :  Harapan kini tiada lagi harapan untuk rakyat melainkan harapan untuk kroni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐  Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐  MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐  Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Post a Comment

0 Comments