Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Isu JAKIM kini parti AMANAH menjadi “pasu bunga”


Seorang penulis Omar Mohamad menulis, Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad ditanya seorang wartawan tentang pendirian kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau kelihatan sedikit keliru.

Ia berlaku pada Pada 14 Mei lalu. Lantas perdana menteri menjawab, kedudukan institusi yang penting itu bergantung kepada laporan yang diterima kerajaan.


Jakim pernah menjadi sasaran segelintir masyarakat yang tidak senang dengan pendirian badan itu terhadap isu-isu fiqh tertentu sehingga menimbulkan polemik.

Juga isu berkaitan penerbitan buku tertentu yang disifatkan tidak sesuai diedarkan di negara ini.

Lebih drastik, muncul suara-suara nakal yang melontarkan idea agresif bahawa negara ini tidak perlu kepada badan seperti Jakim. Bagi mereka urusan agama tidak boleh dikawal oleh pemerintah.

Begitulah lebih kurang justifikasi yang digunakan walaupun ia amat longgar dan mudah dipatahkan.

Menghukum Jakim hanya berdasarkan polemik yang pernah berlaku adalah amat naif. Selain itu, apakah alasan-alasan lain yang wajar mendorong idea drastik begitu?

Kemungkinan besar kelompok pembantah tidak tahu-menahu apakah peranan Jakim dalam membantu kemajuan Islam dan umat Islam di negara ini, termasuk menyelaraskan pentadbiran urusan agama antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Juga penyaluran peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

Perlu pengalaman luas


Berbalik kepada insiden yang berlaku ketika sidang media yang saya nyatakan tadi.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah sudah ada ura-ura begitu di kalangan pimpinan HARAPAN?

Apakah HARAPAN mempunyai pendirian tertentu terhadap Jakim dan institusi-institusi agama Islam yang lain - seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan lain-lain?

Saya menanti reaksi rasmi lanjut kerajaan HARAPAN tentang perkara ini. Terdapat 13 agensi berkaitan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Parti AMANAH mengganggap JAKIN dipolitikkan sebagai alat dalam kerangka negara tanpa disedari telah membelakangkan fungsi utama Raja-raja Melayu sebagai penentu dasar pentadbiran Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Dr Mujahid dalam tulisannya mengiyakan apa yang Dr Mahathir nak buat atasa dasar kononnya jika JAKIM dihapuskan ini dapat mengembalikan fungsi Raja- raja Melayu dalam pentadbiran Islam adalah tunggak utama untuk memulakan reform atau Islah.

Yang lain diam membisu. Seolah-olah tiada pimpinan Islam dalam parti AMANAH. Tak berani komen kerana ditakuti nampak menentang Mahathir. menentang Mahathir bermakna peluang menjadi menteri yang berbaki makin tipis. Demi periuk nasi, mereka sanggup jadi PASU BUNGA.

Dulu menyerang orang lain kononnya pasu bunga, tapi kini pimpinan AMANAH ibarat pasul bunga dalam isu Islam dan JAKIM.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

Post a Comment

0 Comments